PUTRA JAYA – Perdana Menteri (PM) Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan bersama wakil-wakil media di Kantor PM Malaysia membincangkan berkenaan pelaksanaan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022, semacam Hari Pers Nasional (HPN) bila di Indonesia, yang rencananya akan diadakan di Melaka pada 29 Mei 2022 mendatang.
Perdana Menteri menyetujui untuk melaksanakan perhimpunan terbesar wartawan Malaysia menyambut usulan Hawana itu, yang sebelumnya pertama kali diadakan pada tahun 2018.
Hadir dalam pertemuan tersebut Wakil media diketuai Presiden Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) Datuk Mokhtar Hussain, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Roslan Ariffin, Penasihat ISWAMI Datuk Zakaria Abdul Wahab, Ketua Pengarang UtusanTV, Datuk Zulkefli Hamzah dan Ketua Pengarang Astro Awani Ashwad Ismail.
Sambutan HAWANA adalah bagi menghargai golongan wartawan di Malaysia, yang disambut pada setiap 29 Mei, bersempena penerbitan pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.
ISWAMI dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) akan menjadi penggerak utama pelaksanaan program itu, yang turut melibatkan agensi, pertubuhan dan pengamal media yang lain.
Bersempena HAWANA itu, ISWAMI Malaysia juga akan mengundang 17 pemimpin utama media dari Indonesia termasuk ISWAMI Indonesia, untuk turut hadir pada program berkenaan.
ISWAMI juga merancang untuk mengundang 20 editor muda dari pelbagai agensi media di Indonesia pada program lawatan muhibbah pada Juni 2022, dalam usaha mengukuhkan lagi kerjasama strategik media Malaysia dan Indonesia, selain mengukuhkan lagi hubungan kedua negara.(*/mun)
Discussion about this post